Pengantin baru yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir, di sini, Sabtu lalu, ditemukan mati lemas pagi ini.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md Hilman Ab Rashid, mayat Ami Azzizol Abu Bakri, 22 tahun, ditemui terapung kira-kira jam 7.10 pagi.